Pages

Thursday, January 13, 2011

Pemberitahuan Keselamatan Rumah Anda

Kepada penduduk Raya Apartment

Kami pihak jmb ingin memaklumkan pada 2 minggu lepas .pihak kawalan keselamatan telah dapat menghalang kejadian pecah rumah daripada berlaku.Tempat kejadian di blok c.Penghuni rumah adalah berbangsa cina.Ketika membuat rondaan pihak kawalan keselamatan telah mendapati mangga kunci grill pemilik tersebut dalam keadaan tidak berkunci.Pihak polis telah di minta datang untuk mengesahkan ,pihak jmb cuba untuk menghubungi tuan rumah tetapi no tel tiada dalam rekod kami.Akirnya tuan rumah dapat di hubungi melalui jiran mereka dan tiada barang yang hilang.Kesimpulanya jika tuan puan pegi bercuti untuk tempoh yang lama.sila mengisi borang yang di sediakan di pejabat jmb untuk memudahkan pihak kawalan keselamatan memantau rumah anda.kejadian tersebut melibat dua buah rumah pada tingkat 2.Saya ingat perompak hanya menunggu masa untuk masuk bertindak.Akhir kata Pihak jmb berharap penduduk dapat mengenakan langkah pengawasan yang secukupnya terhadap rumah anda.Jika tuan/ Puan mendapati ada orang yang mencurigakan sila buat laporan pada pihak jmb. maklumbalas dari penduduk amat di perlukan untuk menghalang orang yang tidak bertanggungjawab ini.

Sekian terima Kasih
Suzaimi
Setiausaha JMB Raya Apartment

Sunday, January 9, 2011

PERATURAN RUMAH HOUSE RULES

RAYA APARTMENTS BANDAR COUNTRY HOMES

TARIKH :09 / 01 / 2011
KEPADA :PEMILIK KEDAI & PENGHUNI
PANGSAPURI RAYA, COUNTRY HOMES, RAWANG
DARIPADA:PENGERUSI JMB PANGSAPURI RAYA
PERKARA :PELAKSANAAN PERATURAN DALAMAN (HOUSERULES) DI PANGSAPURI RAYA
KEFAHAMAN & KELULUSAN PENDUDUK
___________________________________________________________________________
PEMBERITAHUAN


ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERATURAN DALAMAN (HOUSERULES) PANGSAPURI RAYA AKAN DILAKSANAKAN MULAI 01HB FEBRUARI 2011.

PIHAK JMB INGIN MENGALU-ALUKAN SEMUA PENDUDUK PANGSAPURI INI UNTUK SAMA-SAMA MEMBERI MAKLUMBALAS DAN CADANGAN BERNAS TERHADAP ISI KANDUNGAN CADANGAN PERATURAN DALAMAN (HOUSERULES) INI. PERATURAN DALAMAN DIWUJUDKAN AGAR KITA SEBAGAI PENGHUNI MELALUI KEHIDUPAN DI SINI DENGAN LEBIH TERATUR, BERDISPLIN DAN BEREKTIKA.

ANDA DIBERI TEMPOH DUA (2) MINGGU DARI TARIKH MEMORANDUM INI UNTUK MENGHANTAR MAKLUMBALAS DAN SEKIRANYA SELEPAS TEMPOH TERSEBUT TIADA APA-APA MAKLUMBALAS MAKA KAMI BERANGGAPAN SEGALA YANG TERTERA DIDALAM CADANGAN PERATURAN DALAMAN INI DITERIMA DAN DIGUNAPAKAI.

SILA RUJUK DI PEJABAT JMB UNTUK MELIHAT ISI KANDUNGAN HOUSE RULES ATAU RUJUK DI LAMAN WEB JMB RAYA APARTMENTS UNTUK MENDOWNLOAD (MUAT TURUN) http://www.scribd.com/doc/46744948/RAYA-houserule#

DIHARAP ANDA TERUS MEMBERI KERJASAMA DALAM APA JUA BENTUK CADANGAN DAN PANDANGAN DEMI KESELESAAN KITA BERSAMA.

SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :-


EN ANJANG :019-2793665 EN FAIZAL : 012-6716466

CIK ILA : 019-3542552 EN SUZAIMI : 014-3305965

Pemberitahuan Kadar wang Penyelengaraan Yang Baru

PENDUDUK RAYA APARTMENTS BANDAR COUNTRY HOMES

TARIKH :05 / 01 / 2011
KEPADA :PEMILIK & PENGHUNI
PANGSAPURI RAYA, COUNTRY HOMES, RAWANG
DARIPADA:PENGERUSI JMB PANGSAPURI RAYA
PERKARA :KENAIKAN CAJ YURAN PENYELENGGARAAN BULANAN
___________________________________________________________________________
PEMBERITAHUAN


DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENDUDUK, PIHAK BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI RAYA TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENAIKKAN YURAN PENYELENGGARAAN BULANAN SEPERTI BERIKUT:-

KADAR LAMA KADAR BARU
RM50.00 sebulan RM66.00 + rm6.60 sebulan
* sila rujuk perbelanjaan tetap bulanan yang dilampirkan.

OLEH YANG DEMIKIAN, BERKUATKUASA 1 JANUARI 2011, CAJ YURAN PENYELENGGARAAN & SINKING FUND YANG BARU AKAN DICAJ KEDALAM INBOIS TUAN / PUAN.

DIHARAP TUAN / PUAN DAPAT TERUS MEMBUAT BAYARAN PENYELENGGARAAN SERTA MENJELASKAN TUNGGAKAN BAGI MEMASTIKAN PANGSAPURI INI TERUS TERPELIHARA DENGAN SEMPURNA DAN TERATUR DENGAN MEMPUNYAI WANG YANG MENCUKUPI.

SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :-

CIK ILA: 019 - 3542552
EN Nadzara Shariff :019 2793665


LAMPIRAN PERBELANJAAN TETAP BULANAN


PANGSAPURI RAYA, COUNTRY HOMES, RAWANG
; PENGURUSAN HARTA DAN PENYENGGARAAN 224 UNIT PANGSAPURI DAN 12 UNIT KEDAI

Berikut disenaraikan jumlah perbelanjaan tetap bulanan pengurusan Pangsapuri Raya:-
BIL PERBELANJAAN JUMLAH
(RM)
1 Caj Pentadbiran & Pengurusan 2,000.00
2 Gaji Kerani dan Penyelia Bangunan 2,300.00
3 Pembersihan 1,000.00
4 Security (2 orang setiap syif) 5,200.00
5 Pencetakan invoice 350.00
6 Elektrik kawasan gunasama sebulan (purata) 600.00
7 Bil air kawasan gunasama sebulan (purata) 100.00
8 Pembaikan Am 300.00
9 Cadangan - Boomgate & CCTV System 770.00

JUMLAH PERBELANJAAN TETAP BULANAN 12,620.00
JUMLAH KUTIPAN 85% PADA KADAR RM66.00 SEUNIT 12,566.40
DEFICIT - 53.60
WANG PENJELAS (SINKING FUND) 6.60 per unit

Oleh yang demikian, setelah mengambil kira peratusan kutipan yang berjaya dikutip setiap bulan iaitu purata 56%( 160), pihak pengurusan menaikkan kadar yuran penyenggaraan bulanan kepada RM66.00 sebulan dan RM6.60 bagi caj Tabung Khas. Hal ini bertujuan memastikan operasi pengurusan dan pentadbiran di Pangsapuri Raya berjalan dengan lancar.

Sekian terima kasih.

PIHAK PENGURUSAN JMB

Saturday, July 10, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama JMB Pangsapuri Raya

Tarikh: 5hb Julai 2010

Ahli-ahli Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Raya

Jalan Desa 5/6 Bandar Country Homes

48000 Rawang Selangor

Darul Ehsan

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA JMB PANGSAPURI RAYA

Menurut Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 Perkara 9 (1) (2), JMB perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk menimbang Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan dan untuk menjalankan apa-apa urusan lain yang berbangkit. Mesyuarat agung hendaklah diadakan setiap tahun dan tidak lebih15 bulan luput antara satu mesyuarat agung tahunan dengan yang berikutnya.

Untuk makluman, berdasarkan sijil yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang No.siri 3/2-1406/432/2009, Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Raya telah ditubuhkan dengan rasmi pada 16hb Mei 2009, justeru itu mesyuarat agung tahunan perlu diadakan tidak lebih daripada 15 bulan daripada tarikh penubuhan walaupun pengambilalihan JMB daripada Tanco Properties Sdn. Bhd. baru berkuatkuasa pada 1hb Jun 2010.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama JMB Pangsapuri Raya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18hb Julai 2010

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Perkarangan Pakir Berdekatan Pejabat JMB

Agenda : (i) Pembentangan Status Kewangan JMB Pangsapuri Raya

(ii) Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Bersama

(iii) Perbincangan Perkara-perkara Lain Yang Berbangkit.

Dengan ini pihak Jawatankuasa JMB berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama-sama hadir ke mesyuarat dan memberi sokongan sepenuhnya kepada JMB demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

JMB PANGSAPURI RAYA

SHAHRUNZAINI BIN ABDUL RASHID

Pengerusi

Friday, June 18, 2010

Pembayaran maintenance fee bermula JUN 2010

Assalamualaikum /salam sejahtera
Bermula Jun 2010 pihak jmb raya apartments telah memulakan pengutipan yuran maintenance yang bermula 26 may 2010 hingga 15 hb jun 2010.Buat permulaan kutipan di buat awal sebulan bertujuaan untuk modal pusingan bagi melancarkan pengurusan jmb raya apartments.Di sini pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama penduduk dalam usaha kita menjaga kawasan kejiranan kita .Ingin di ingat kan wang yang di kutip adalah untuk membayar security seramai 4 orang sebulan ,buat permulaan ini pihak kami menumpukan perhatian terhadap kemudahan keselamatan ini memandangkan khidmat ini di rasa kan perlu.Banyak aduan yang di terima tentang khidmat tukang sapu ,memandangkan duit yang di terima belum mencukupi ,pihak kami akan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini.Pihak kami berharap mendapat kerjasama dari semua penduduk,dan bersabar kerana jmb ini baru di bentuk.Kami berharap sesiapa yang belum menjelaskan yuran maintenance supaya menjelaskannye.Untuk pengetahuan Jadual pembayaran telah di lekatkan di hadapan tingkap pejabat jmb sebagai rujukan.Jika setiap penduduk memberi kerjasama saya rasa tiada masalah yang akan timbul.Segala masaalah boleh lah di bawa berbincang,insallah pihak kami akan cuba menyelesaiknya..

Sunday, May 9, 2010

Mesyuarat Penduduk JMB PPR bersama Pemaju




Pada hari Ahad 9hb may 2010 satu perjumpaan telah diadakan antara ppr jmb dan pemaju.Pada perjumpaan ini di anggarkan lebih 80 orang hadir dalam perjumpaan ini .Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan fungsi JMB yang bakal di bentuk pada 1hb June 2010.Turut hadir bersama wakil daripada Tanco Properties En Chandran dan En Amry Serta Wakil daripada MPS/COB En Amirluddin.Perjumpaan berlangsung selama 5 jam.