Pages

Saturday, July 10, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama JMB Pangsapuri Raya

Tarikh: 5hb Julai 2010

Ahli-ahli Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Raya

Jalan Desa 5/6 Bandar Country Homes

48000 Rawang Selangor

Darul Ehsan

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA JMB PANGSAPURI RAYA

Menurut Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 Perkara 9 (1) (2), JMB perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk menimbang Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan dan untuk menjalankan apa-apa urusan lain yang berbangkit. Mesyuarat agung hendaklah diadakan setiap tahun dan tidak lebih15 bulan luput antara satu mesyuarat agung tahunan dengan yang berikutnya.

Untuk makluman, berdasarkan sijil yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang No.siri 3/2-1406/432/2009, Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Raya telah ditubuhkan dengan rasmi pada 16hb Mei 2009, justeru itu mesyuarat agung tahunan perlu diadakan tidak lebih daripada 15 bulan daripada tarikh penubuhan walaupun pengambilalihan JMB daripada Tanco Properties Sdn. Bhd. baru berkuatkuasa pada 1hb Jun 2010.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama JMB Pangsapuri Raya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18hb Julai 2010

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Perkarangan Pakir Berdekatan Pejabat JMB

Agenda : (i) Pembentangan Status Kewangan JMB Pangsapuri Raya

(ii) Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Bersama

(iii) Perbincangan Perkara-perkara Lain Yang Berbangkit.

Dengan ini pihak Jawatankuasa JMB berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama-sama hadir ke mesyuarat dan memberi sokongan sepenuhnya kepada JMB demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

JMB PANGSAPURI RAYA

SHAHRUNZAINI BIN ABDUL RASHID

Pengerusi

Friday, June 18, 2010

Pembayaran maintenance fee bermula JUN 2010

Assalamualaikum /salam sejahtera
Bermula Jun 2010 pihak jmb raya apartments telah memulakan pengutipan yuran maintenance yang bermula 26 may 2010 hingga 15 hb jun 2010.Buat permulaan kutipan di buat awal sebulan bertujuaan untuk modal pusingan bagi melancarkan pengurusan jmb raya apartments.Di sini pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama penduduk dalam usaha kita menjaga kawasan kejiranan kita .Ingin di ingat kan wang yang di kutip adalah untuk membayar security seramai 4 orang sebulan ,buat permulaan ini pihak kami menumpukan perhatian terhadap kemudahan keselamatan ini memandangkan khidmat ini di rasa kan perlu.Banyak aduan yang di terima tentang khidmat tukang sapu ,memandangkan duit yang di terima belum mencukupi ,pihak kami akan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini.Pihak kami berharap mendapat kerjasama dari semua penduduk,dan bersabar kerana jmb ini baru di bentuk.Kami berharap sesiapa yang belum menjelaskan yuran maintenance supaya menjelaskannye.Untuk pengetahuan Jadual pembayaran telah di lekatkan di hadapan tingkap pejabat jmb sebagai rujukan.Jika setiap penduduk memberi kerjasama saya rasa tiada masalah yang akan timbul.Segala masaalah boleh lah di bawa berbincang,insallah pihak kami akan cuba menyelesaiknya..

Sunday, May 9, 2010

Mesyuarat Penduduk JMB PPR bersama Pemaju




Pada hari Ahad 9hb may 2010 satu perjumpaan telah diadakan antara ppr jmb dan pemaju.Pada perjumpaan ini di anggarkan lebih 80 orang hadir dalam perjumpaan ini .Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan fungsi JMB yang bakal di bentuk pada 1hb June 2010.Turut hadir bersama wakil daripada Tanco Properties En Chandran dan En Amry Serta Wakil daripada MPS/COB En Amirluddin.Perjumpaan berlangsung selama 5 jam.