Pages

Saturday, July 10, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama JMB Pangsapuri Raya

Tarikh: 5hb Julai 2010

Ahli-ahli Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Raya

Jalan Desa 5/6 Bandar Country Homes

48000 Rawang Selangor

Darul Ehsan

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA JMB PANGSAPURI RAYA

Menurut Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 Perkara 9 (1) (2), JMB perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk menimbang Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan dan untuk menjalankan apa-apa urusan lain yang berbangkit. Mesyuarat agung hendaklah diadakan setiap tahun dan tidak lebih15 bulan luput antara satu mesyuarat agung tahunan dengan yang berikutnya.

Untuk makluman, berdasarkan sijil yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang No.siri 3/2-1406/432/2009, Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Raya telah ditubuhkan dengan rasmi pada 16hb Mei 2009, justeru itu mesyuarat agung tahunan perlu diadakan tidak lebih daripada 15 bulan daripada tarikh penubuhan walaupun pengambilalihan JMB daripada Tanco Properties Sdn. Bhd. baru berkuatkuasa pada 1hb Jun 2010.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama JMB Pangsapuri Raya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18hb Julai 2010

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Perkarangan Pakir Berdekatan Pejabat JMB

Agenda : (i) Pembentangan Status Kewangan JMB Pangsapuri Raya

(ii) Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Bersama

(iii) Perbincangan Perkara-perkara Lain Yang Berbangkit.

Dengan ini pihak Jawatankuasa JMB berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama-sama hadir ke mesyuarat dan memberi sokongan sepenuhnya kepada JMB demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

JMB PANGSAPURI RAYA

SHAHRUNZAINI BIN ABDUL RASHID

Pengerusi